Kelas Ict Bersama Pelajar Sk Kg Chengal

29 Disember 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 28 Disember 2018 telah diadakan Kelas ICT Bersama Pelajar SK Kg Chengal yang merupakan kesinambungan dari kelas-kelas yang telah dijalankan sebelum ini dimana para peserta diberikan tugasan dan latihan bagi menilai tahap penguasaan para pelajar.

Tujuan kelas ICT ini diadakan adalah untuk membantu meningkatkan kefahaman para pelajar berkaitan penggunaan ICT pada tahap yang maksimum. Program ini diadakan juga sebagai melaksanakan khidmat kepada komuniti setempat dengan memberi dan menyediakan kemudahan ICT secara percuma.

Pada sesi kali ini, para pelajar diajar cara membina graf di dalam Microsoft Word mengikut cara-cara yang betul.


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas